Urutan Tradisional di Spa Senawang Anjung Meranti Beauty Spa

***************************************


RM98.00
IN STOCK

Rawatan urutan secara tradisional sememangnya telah menjadi satu amalan turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi khusunya bagi wanita selepas bersalin kerana urutan tradisional baik untuk kesihatan, terutama sekali bagi mereka yang sudah mencecah usia 30-an. Rawatan Urutan tradisional ini kebiasaannya diwarisi daripada ibu atau nenek, yang diperturunkan kepada generasi baru agar cara urutan tradisi ini tidak hilang ditelan zaman.

Menurut pemilik spa kami yang mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam bidang ini, terdapat banyak manfaat dengan melakukan urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dalam badan sekali gus melancarkan perjalanan darah, menghilangkan kebas dan lesu. Urutan juga mampu mempercepatkan proses pemulihan tenaga, mengurangkan keletihan, memecahkan lemak dalam badan serta boleh menaikkan seri muka. Bagi wanita, urutan tradisi boleh memulihkan kitaran haid serta melancarkan peredaran darah. Urutan dilakukan bukan sahaja untuk memperolehi tubuh yang lebih sihat, malahan juga membantu seseorang wanita untuk mengekalkan tubuh badan yang langsing.

Oleh yang demikian, rawatan urutan tradisional ini bukan sahaja penting untuk wanita selepas bersalin tetapi juga diamalkan oleh wanita muda yang mengetahui kebaikannya. Ini kerana antara kebaikan urutan ialah ia mampu mengesan penyakit yang berpunca daripada urat saraf, selain daripada melegakan badan selepas penat seharian bekerja yang lazimnya mampu mengurangkan ketegangan.

Di Anjung Meranti Beauty Spa kami mempunyai pengalaman dalam bidang berbidanan, tradisional mahupun terkini. Spa Senawang kami mengambil therapist terdiri dari golongan yang mengambil sijil dalam bidang ini.