Berbekam Merupakan Sunnah Rasulullah Saw. Rawatan Itu Sudah

Oct 30, 2023

https://www.facebook.com/455514346593248/posts/750823790395634" data-width="900" data-allowfullscreen="true">

BERBEKAM merupakan sunnah Rasulullah SAW. Rawatan itu sudah wujud sejak ribuan tahun lalu dengan menggunakan alatan seperti tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Amalan berbekam bermaksud menyedut keluar darah kotor daripada tubuh yang dipercayai dapat mengurangkan gejala penyakit dan alternatif rawatan kecantikan.

Terdapat beberapa jenis bekam antaranya bekam darah, angin, api, lintah dan lain-lain yang memberi kebaikan kepada kesihatan.

Bekam darah bukan sahaja diamalkan oleh orang Islam tetapi dalam rawatan Cina yang menumpukan kepada bekam kering atau bekam angin.

bekam darah dilakukan dengan menoreh bahagian pada badan untuk mengeluarkan darah kotor tanpa menyakitkan.

“Seperti bekam kering atau angin ia tanpa tusukan jarum. fungsinya bukan untuk mengeluarkan angin sahaja tetapi boleh melembutkan saraf.

“Bekam darah yang dilakukan pada wajah atau badan juga bagus untuk kecantikan dan anti-penuaan. Apabila berbekam, aliran darah menjadi lancar dan hasil maklum balas pelanggan, kulit mereka tampil lebih berseri, cantik dan kurang garis halus.

“Jika untuk kecantikan, pelanggan dicadangkan berbekam pada wajah dan hasilnya, jerawat akan mula mengecut, jeragat pudar dan kulit lebih segar. Sebenarnya aliran darah yang lancar memberikan hasil kulit yang berseri,”

Selain itu, katanya, bekam juga boleh merawat resdung dan pelbagai penyakit.

BEKAM MENYAKITKAN?
Tanggapan masyarakat kononnya rawatan bekam menakutkan ditepis Nur Aslinda kerana katanya, rawatan terkini kurang menyakitkan malah luka cepat kering dan sembuh.

Katanya, dahulu torehan menggunakan pisau dan adakala menyebabkan badan sakit tetapi kini menggunakan jarum halus.

“Dengan jarum halus, darah hanya akan keluar sedikit dan luka pun cepat sembuh,” ujarnya.

HILANG BANYAK DARAH?
Berbekam hanya mengeluarkan darah yang ada pada bawah kulit sahaja tanpa menyentuh arteri atau saluran darah besar.

“Sebelum berbekam, kita akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Individu yang mempunyai masalah darah dinasihatakan untuk tidak melakukannya. Kalau kita keluarkan darah kotor bimbang ganggu kesihatan mereka.

“Masalah seperti kanser darah dan anemia tidak boleh berbekam,” katanya.

KESAN SAMPINGAN
» Rasa gatal yang normal pada kulit selepas berbekam. Bersihkan diri atau mandi seperti biasa menggunakan sabun.

PANTANG LARANG
» Tiada sebarang larangan ketika, sebelum atau selepas berbekam. Terpulang kepada individu untuk berpantang. Jika mempunyai masalah elergi, elak makanan yang menyebabkan kegatalan dalam tempoh dua hari sehingga luka kering.

PERLU PUASA ATAU TIDAK?
» Berpuasa tidak mengganggu aktiviti berbekam. Disarankan makan roti atau makanan ringan sekadar isi perut terutama individu yang mempunyai tekanan darah rendah. Elak makan nasi atau yang terlalu mengenyangkan.

ALTERNATIF JAGA KESIHATAN
» Boleh dijadikan rawatan healing untuk individu yang selalu stres
» Sesuai untuk mereka yang kerap migrain.
» Bagi penyakit tiga serangkai amalan bekam dapat mengekalkan bacaan gula dan lemak dalam darah tetapi perlu dilakukan secara konsisten.
» Stres belakang tengkuk berkurangan.


Follow Us

About Us

Spa Kecantikan wanita yg mempunyai pelbagai jenis rawatan facial serta urutan tradisional utk wanita

Our Album