Rawatan Bekam Tidak Akan Membatalkan Puasa Seseorang Yang





Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit.

Malah rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding ketika tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.

Apabila berbekam pada waktu puasa dalam keadaan perut kosong, yang akan keluar hanyalah darah gelap yang mengandungi toksin di badan yang jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi manfaatnya kepada kesihatan akan lebih.