Facial Jerawat di Facial Senawang

***************************************


RM159.00
IN STOCK

Lapisan kulit ‘Pineal Sebaceous Unit’ terdiri daripada kelenjar minyak atau ‘sebaceous gland’ dan folikel rambut…

Kelenjar ini mengeluarkan sejenis minyak kulit atau ‘sebum’ yang berfungsi melindungi rambut dan kulit kita.

Minyak kulit yang dikeluarkan secara berlebihan boleh menyebabkan saluran folikel rambut dan liang-liang roma kulit tersumbat.

Masalah pengeluaran minyak kulit yang berlebihan ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan, cara penjagaan kulit, kelenjar minyak yang terlalu aktif atau akibat perubahan hormon badan terutama sewaktu peringkat akil baligh.

Liang roma yang tersumbat menggalakkan pembiakan bakteria di dalam folikel darah dan membentuk komedo, samada tertutup atau terbuka.

Komedo tertutup atau ‘whitehead’ terbentuk apabila minyak kulit dan bakteria tersumbat dibawah lapisan kulit. Ia kelihatan seperti tonjolan putih yang kecil-kecil.

Komedo terbuka atau ‘blackhead’ pula terbentuk apabila minyak kulit dan bakteria yang tersumbat terdedah pada permukaan kulit dan menghitam akibat pigmentasi kulit atau melanin..

Bahagian yang biasa dijangkiti jerawat ialah bahagian muka…

…leher, dada, bahu…
…dan bahagian belakang tubuh.

Jika tidak diatasi dengan baik dari peringkat awal lagi, jerawat boleh meninggalkan parut atau berlanjutan hingga ke usia melepasi peringkat remaja.

Jerawat boleh dikawal dengan amalan :

  • Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan
  • pencuci muka yang lembut. Tidak perlu pencuci muka yang berjenama.
  • Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat.
  • Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Lebihkan minum air kosong.
  • Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit.
  • Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi

Dan yang paling penting sekali jangan memicit jerawat kerana tabiat ini boleh menyebabkan :

  • Jangkitan kuman
  • Menjadikan jerawat lebih teruk
  • Bilangannya bertambah
  • Parutnya lebih besar dan dalam

Boleh juga mendapatkan rawatan Laser Jerawat di Spa Sendayan Metropark